
Sejarah Umum
Asal Usul Nama PD
PD adalah sempadan politik moden yang merangkumi kawasan seperti Tanjong Kemuning, Lukut, Linggi, Pasir Panjang, Tanah Merah, Bagan Pinang, Telok Kemang dan Chuah.
Sejarah yang dilupakan
Usaha nyah identiti penjajah telah dimulakan. North Borneo ke Sabah (1963), Jalan Dickson ke Jalan Masjid India (1965), Jesselton ke Kota Kinabalu (1965), Province Wellesley ke Seberang Prai (1972), Port Swettenham ke Pelabuhan Kelang (1972) dan Telok Anson ke Teluk Intan (1982).

Soalan utama
Projek ini menyusun sejarah yang lebih kemas: bukan sekadar menukar nama, tetapi menjelaskan lapisan sejarah Melayu, laluan perdagangan, tokoh Lukut dan perubahan yang berlaku selepas campur tangan British.
Artikel
Sumber penuh, imbasan dokumen, nota arkib dan pautan rujukan.

Sejarah Umum
PD adalah sempadan politik moden yang merangkumi kawasan seperti Tanjong Kemuning, Lukut, Linggi, Pasir Panjang, Tanah Merah, Bagan Pinang, Telok Kemang dan Chuah.
Bukan British yang asaskan pekan ini. Mereka hanya tukar nama Tanjong Kemuning ke Port Dickson untuk memudahkan urusan perdagangan dan pentadbiran.
Tanjong Kemuning merupakan sebuah pekan Melayu yang berada dalam daerah Lukut ketika kawasan ini masih di bawah pentadbiran Selangor.
Dewasa ini, semakin banyak penjenamaan nama tempat dan projek pembangunan yang membelakangkan bahasa kebangsaan kita seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 iaitu bahasa Melayu.
Kronologi
Kawasan pesisir Linggi–Lukut mempunyai jejak pelabuhan Melayu awal, megalit dan makam yang menandakan kepentingan laluan maritim lama.
Lingkungan Melaka, penempatan Orang Laut. Pantai barat Tanah Melayu menjadi rangkaian perdagangan dan pertahanan di bawah pengaruh Kesultanan Melayu Melaka.
Lukut sudah tercatat dalam peta oleh Emanuel Godinho De Eredia ketika zaman penjajahan Portugis.
Linggi berperang dengan Belanda untuk menguasai laluan bijih timah melalui pelabuhan Melayu lama di Kuala Linggi.
Lukut berkembang sebagai pusat ekonomi bijih timah di bawah pentadbiran Selangor iaitu Raja Busu, Raja Jumaat dan kemudian Raja Bot. Di sinilah Yap Ah Loy mula belajar melombong bermula sebagai kuli.
Nama asal pekan Port Dickson sekarang; dahulunya pekan Melayu yang tercatat dalam peta terawal Inggeris sebelum masuk campur dalam pentadbiran Negeri Sembilan melalui perebutan kuasa Dato Undang Sg Ujong.
British membangunkan jeti dan kerah kuli dari India untuk bina landasan keretapi untuk kaut hasil bumi Tanah Melayu dan sabotaj pelabuhan Melayu Linggi. British menukar nama Tanjong Kemuning sempena Gabenor Negeri Selat British iaitu John Frederick Dickson
Galeri
Koleksi visual sejarah serta dokumentasi berkaitan usaha mengembalikan nama Pantai Dermaga.



























Pejuang
Islah Wahyudi bin Zainudin yang lebih dikenali sebagai Randuk merupakan anak watan Pantai Dermaga dan Pengerusi Pertubuhan Pemerkasaan Identiti Malaysia. Beliau aktif memperjuangkan pemulihan identiti sejarah tempatan melalui penyelidikan, reka bentuk dan kempen kesedaran masyarakat.
“Sejarah tanah ini bukan bermula dengan Dickson. Tindakan Gabenor British itu yang merampas Tanjung Kemuning lalu menukarkan nama kepada Port Dickson sekitar tahun 1889 telah menyebabkan Kampung Melayu Bahasa Kapor lenyap.”
Sertai sokongan orang ramai untuk memelihara sejarah kawasan ini.
Sumbangan Warisan
Setiap sumbangan membantu usaha penyelidikan, pendigitalan arkib serta pemeliharaan sejarah Pantai Dermaga untuk generasi akan datang.
Bank Islam
Pertubuhan Pemerkasaan Identiti Malaysia